Monday, October 31, 2011

Sungai Chiling

Awesome sangat tempat ni area Kuala Kubu Baru
Mencabar juga la
7 perhentian beb baru sampai dekat air terjun paling atas tu
Cun la tu kitorang pun pergi bertujuh dengan kawan baru (Lokman @ Fikai) yang aku rasa superb la kawan dengan dia ni
Walaupun dia ni syaitan sikit perangai kan selalu bahan aku mamak penang la gay la
Aku terima je
Dalam berkawan tak boleh emosi sangat beb
Nanti orang menyampah
Bawah ni ada la sebahagian gambar dekat Sungai Chiling
Nak banyak dekat FB
Aku nampak macam hiphop sungguh dalam gambar ni hehe
Insyaallah aku akan pergi lagi dalam masa terdekat ni



















Harap2 bangun la nak pergi kelas nego kejap lagi

Friday, October 14, 2011

Entri Pendek Saja

Malam nanti aku nak balik ke kampung...
Sebab...cousin aku khawin esok...
Dia nak aku jadi pengapit katanya...
Belah perempuan hari tu orang lain pengapitnya...
Dia tak cakap pula nak suruh aku pakai baju apa...
Mahu berbogel saja ke...
By the way aku tengah tunggu turn aku pula nak khawin...
Tak payah nak bercinta rak sangat...
Aku tak rasa berbaloi untuk invest duit aku dekat perempuan yang belum tentu jadi milik aku...
My money is my money...
Cheerssssss:)

Saturday, September 10, 2011

MENUJU PUNCAK???


Assalamualaikum W.B.T
Korang ingat apa aku nak masuk AF ke.Tu murahan punya reality tv la der.Aku nak menuju ke Puncak Alam, tempat belajar aku yang baru setelah hampir 2 tahun aku bergelumang dengan orang2 Shah Alam.Tapi aku pun orang Shah Alam juga apa.Aku tahu kat mana Jalan Cili Merah dengan Jalan Cili Hijau.Korang tahu???Ye dak Mohd Syahir???Syhhhh senyap2 sudey.Aku ok je bila kena pindah dekat Puncak Alam tu.Tapi aku agak frust sikit la sebab aku duduk 1 semester je dekat situ.Lepas tu aku praktikal.Kalau 2 semester aku ok la.Dapat la juga rasa jadi sebahagian orang Puncak Alam.Satu semester tak cukup untuk aku.Tapi tak kan la aku nak extend semata2 nak jadi orang Puncak Alam kan.Ye dakkk…
Ada sedikit info tentang preparation aku dah buat before aku pindah ke Puncak Alam.

1.            Rumah Sewa
Aku duduk rumah sewa untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup aku selama 20++++.hehe.Aku duduk dekat apartment je.Aku dapat apartment Dewi.Sumpah macam gampeng gila bilik dia.Sempit doe.Nasib baik aku dapat bilik master room.Tapi kecil juga bilik tu.Tak ada beza pun.Paling aku keisan dekat penghuni bilik paling kecil la.Tak ada apa pun boleh letak kecuali katil dengan almari.Memang sempit gila.Macam tak berbaloi bayar sampai 6 ratus.Rumah sewa dekat Shah Alam lagi besar.Harga sewa sama saja.Aku duduk 6 orang.Aku roommate dengan kawan yang paling “baik” sekali dengan aku.Dia pelakon dan juga merangkap pemain bola sepak woo.Nama dia Fahrin Cristiano Ahmad.Korang ada rooomate macam tu???Jangan marah Lat.Selamat Hari Raya.Hehe.Tapi sms raya pun ko tak sent kat aku.Bwekkkk..
2.            Kampus
Aku tak sempat nak explore lagi Kampus Puncak Alam tu.Yang aku tahu Fakulti Business tak siap lagi kan.Sekarang kami kongsi dengan Fakulti Office Management.Fuyoo…Budak Secretary.Mesti cantik2.Harap2 ada la jumpa muka macam Rozita Che Wan ke Lisa Surihani ke Maya Karin keJ.Tapi yang boleh aku cakap kampus sana memang lagi besar dan smart la daripada kampus Shah Alam kan.

3.            Stock makanan
Dekat sana memang tak banyak sangat kedai2 boleh dibuat port lepaking.So untuk 1st month ni aku rasa cukup kot bekalan biskut raya dengan kerepek yang aku ambil dari rumah Kak Juah ni.Tu pun kalau housemate aku ni tak melantak sangat la kan.Hehe.Housemate aku semua kurus2.Syukur.Jimat makanan.Gua sorang je gumuk.Hehe.

4.            Transport
Dekat sana aku tak pasti pengangkutan apa yang ada.Untuk aku memang tak ada masalah la sebab aku memang bawa transport aku sendiri.Gua bawa motor EX5 je der.Tapi bagi yang tak ada pengangkutan sendiri aku rasa patah kaki juga la kalau duduk situ.Haiyo.Walaupun aku ada motor,aku tak kan sesekali berani mengeluarkan diri aku pada waktu malam dekat sana.Takut wooo.Gelap dan sunyi.Kalau ada kereta ok.Sebab kawan2 ada boleh ko sumbat dalam kereta.Kalau motor berdua je.Kalau sorang tu bukan manusia, tak ke naya aku.Aku pegang sampai sekarang prinsip kawan aku time praktikal dulu.Kalau nak keluar malam bila ko duduk dekat area2 macam Puncak Alam tu better ko keluar sorang daripada berdua.Tak nak ambil risiko woo.Aku takut bawa hantu balik rumah je kalau berdua.Kalau lebih daripada dua orang ok.Huhu.Memang aku rasa aku duduk diam jela dekat rumah kalau duduk kat Puncak Alam tu.Tapi boleh ke aku duduk diam.Persoalan yang aku sendiri pun tak boleh jawab.Aku jenis tak boleh duduk lama2 kalau dekat rumah kecuali kat kampung(sebab kawan tak ada).Aku jadi resah,gelisah dan macam2 la.Aku memang tak boleh la hidup macam tu.Dulu aku duduk hostel pun tiap2 malam fly panjat pagar kolej Meranti.Aku rindu gila saat2 itu.Hehe.Kolej Meranti is the best.Pindah kolej Jati macam haram.Aku tak ada life langsung duduk kolej tu.Roomate sendiri pun aku tak tahu nama.Aku pun pelik dengan budak2 jati ni.Ni makan nasi lemak Jati banyak sangat la tu yang perangai macam tahik.Kolej Jati ni tak ada pagar yang boleh fly.Tapi aku usahakan juga cari port yang boleh aku panjat.Jumpa juga akhirnya.Tapi aku tak selalu la fly masa duduk kolej Jati.Tak tahu la kenapa.Aku rela duduk bilik tengok TV tak pun main internet.Maybe port nak fly tu tinggi sangat dan dangerous kot.Tu yang aku malas nak keluar.Hehe.Tiba2 aku teringat masa sem 2 dengan sem 3.Kalau aku fly selalu lepak dengan Cik Dieyyy,Cik Tikah,Syahir,Pendek,Kema(sebelum dia merekrut sek2 Lara dia) dengan Deney.Tu la orang2 yang selalu aku lepak.Sumpah rindu siot.Jom buat reunion.Haha.Tu la both sem yang paling aku rasa banyak memori.(Titis eyemo jap).Hehe.

5.            Jiran rumah sewa
Aku tak ada jiran lagi.Sebelah kanan ke depan ke memang tak ada.Aku cuak juga sebenarnya.Aku harap ada la jiran yang masuk jap lagi.Hehe.Harap2 family la.Boleh dapat makanan free :)

Akan bersambung selepas aku dah tinggal Puncak Alam betul2.

Friday, September 9, 2011

RAYA 2011 PART 2


6. Juadah di Pagi Raya
Tiap2 tahun mak aku memang masak rendang…Tapi bukan rendang yang biasa korang tengok kat TV tu…Kak Juah(nickname mak gua.xpayah nak gatal2 search dekat Fb.Kak Juah xreti Fb2 ni) terror ok…Ingat Mak Jemah je yang hebat…Haha…Kak Juah memang suka alter2 makanan ikut suka dia…tapi bab biskut raya Kak Juah fail sikit…bentuk lain2 tapi rasa lebih kurang je…Komen ikhlas daripada anakandamu yang comel ini…Haha…Kuah kacang Kak Juah beli je kat Wak Saman…5 ringgit je…siap ada delivery lagi by bini Wak Saman di malam raya hari tu…huhu…Bukan Kak Juah xreti buat kuah kacang…Tapi malas nak masak dua juadah katanya…plus tak ada anaknya yang rajin nak tolong dia kat dapur…Aku mengaku memang  malas…Nak pergi kedai pun aku malas…tunggu Kak Juah buat muka seposen baru aku  pergi…Hehe…Mungkin sebab tu Kak Juah tak berapa sayang dekat aku kot…Huhu…L

7. Duit Raya
Dulu masa kecil seronok la kumpul duit raya…Sekarang dah besar siapa mahu bagi…Tapi ada juga yang family dia ke saudara dia ke bagi lagi kat orang2 yang masih belajar atau pun tak kawin lagi…Tapi benda tu tak ada dalam tradisi family aku mahu pun saudara2 aku…Aku bukan dilahirkan dalam environment orang yang senang…Sekarang ni la ok sikit…SyukurJ

8. Menu Open House
Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto 
Aku tahu ni la menu paling ramai orang buat…Sebab apa…Senang nak buatnya..ye dak…Tapi aku tak suka sangat…Aku sangat2 jemu tengok soto kalau open house…Pergi rumah tu soto…pergi rumah ni soto…Haish tak ada menu lain ke…Ko ingat ko siapa ha…Mahu ikut   selera ko saja ha saiton…Tahun ni kawan2 yang nak buat open house sila bagi tahu menu dulu ye…Kalau soto aku tak datang…Haha…

9. Rancangan Raya
Tiap2 tahun malam raya aku memang layan Sampaikan dekat TV3 tu…Tapi dah beberapa tahun dah aku tak tengok sangat…Mana taknya…tiap2 malam raya aku selalu pergi lepak2 kat Teluk Intan tu ha…saja bosan2 daripada duduk rumah.Tapi tahun ni aku tengok dari awal sampai habis sebab kawan aku sungguh tahik perangai nya tak jadi keluar…Tu la kau siapa suruh tak ada kawan lain…Haha…Aku tak banyak kawan kat kampung…Serius…Aku bukan memilih…Tapi aku lebih senang keep in touch dengan member2 poli aku dengan member2 dekat UITM sekarang ni…Maybe sebab aku bukan sekolah asrama…Stupid boy…So…kawan2 kau memang tak ramai la kan…Teori aku tu…Ikut korang la nak terima ke tak…hehe..Mostly aku tengok kawan2 aku yang keep in touch dengan kawan2 sekolah dorang semuanya dari sekolah asrama…tak kisah la dia SBP ke tak SBP ke…janji dia duduk asrama…Sila setuju dengan teori aku…Hehe…Aku rasa dah melalut dah ni dari tajuk kat atas ni…Huhu…Ok aku shortkan…Telemovie raya yang sempat dan paling best tahun ni pemiliknya adalah…Telemovie Kain Pelekat Acat…hehe…Dekat TV9 kot cerita ni aku tengok time petang2 dah maghrib…Hari Jumaat…Fuyooo kuat gila memori…Pelakon dia Mat Kedah aka Fimie Don…dengan Jambu yang berlakon cerita Juvana juga…Gila style Jambu ni berlakon…Cerita panjang2 pun tak guna…Aku pun penat nak type..Korang pergi la tengok kat Tonton…Check it out yawww

Ok tamat sudah cerita pasal Raya 2011J
               
P/S:Aku nak masukkkan gambar raya tapi macam lagi panjang je entri ni nanti…Aku kalau nak letak gambar  tak boleh kecil2 der…aku kena letak gambar besar2…Nanti korang tak cam yang mana satu Alan Shinosuke dengan yang mana satu Aaron Aziz…Tettt....Pegi kutuk aku kat twitter...J

Thursday, September 8, 2011

RAYA 2011 PART 1


Assalamualaikum W.B.T…
Dah nak masuk raya ke berapa entah aku pun tak berapa ingat…hehe…
Ada la beberapa benda yang aku nak share dengan korang semua pasal raya 2011 ni…
Check it out yawww…
1.         Iklan Raya 2011
Bagi aku tak ada iklan yang betul2 best untuk tahun ni…Ada ke iklan raya tahun ni…macam tak ada je kan…hehe…Paling tak boleh bla iklan raya TV3 tu…Cuba korang tengok muka anak lelaki makcik tu…Dia boleh buat muka macam kera dekat iklan tu…Aku cukup tak berkenan betul part tu…Sudah la hodoh…Berkawan pula dengan binatang macam Sepah cakap…Bukan aku yang cakap ye…So dosa tak dapat dekat aku…Huhu…Pelakon perempuan pula sungguh berjerawat mukanya…Hoi Lan…Muka ko pun banyak bekas jerawat…Banyak pula komen kau…

2.         Warna Tema Baju Raya
Aku tak perasan sangat la tahun ni warna apa yang banyak orang pakai kan…Takkan aku nak survey tiap2 rumah kot…Gila apa…Tapi aku perasan juga la warna biru macam ramai yang pakai…Sebabnya mak bapa aku termasuk adik aku yang hodoh tu pakai warna biru…hehe…Dekat tv pun aku tengok ramai yang pakai…Sedih doe warna baju aku tak ramai yang pakai…Tapi Najib pakai wooo masa sembahyang raya…Korang ado…Tak ado kan…Hehe…Warna apa baju aku nanti korang nilaikan la sendiri warna apa ye (tu dia ce korang tengok tu warna apa dekat lencana sekolah aku tu)…Aku pun confius warna baju aku tu warna apa…hehe…Baju melayu tu aku beli kat TAR je…Nasib baik la ada Tikah anak Pak Haizald dengan Victor anak Velentine sudi teman aku pergi sana….Trimas yawww…J.Next year aku nak tempah la…Taubat la beli siap…Aku baru pakai 1st raya kot…Dah koyak seluar dia kat celah bontot…mak aku cakap kalau koyak kat situ bontot kau tajam la tu…Nasib baik tak koyak time sembahyang raya…Malu wooo…Tak keluar rumah terus aku kalau macam tu…Tapi last year aku beli kat Jakel ok je…Harga pun sama je tak silap aku…Erm…By the way next year aku dengar family aku nak pakai warna Turquoise…Erm…

3.         Ucapan Raya or Kad Raya
Aku tak sempat nak buat ucapan raya dekat Fb tahun ni sebab aku dah tak pakai broadband dah…Tempat keje aku ada Unifi…Nak buat apa pakai broadband lagi…Ceit…Angkuh sungguh kau Mohamad Azlan…Haha…Tapi aku lagi prefer ar wish raya guna sms or kad raya…tapi dah bertahun2 aku tak pernah bagi kad raya kat orang kot…Hehe…Patut la tahun ni aku tak  dapat kad raya…Karma….Huhu…Tak apa la...next year aku bagi kat mengkome2 semua ye…Tahun ni macam biasa aku hantar sms raya je kat semua kawan2 yang mengenali Mohamad Azlan bin Adnan ke Alan Shinosuke ke…Mana2 la yang korang kenal…Orang yang sama je tu…Tak payah nak confius sangat pening2 kepala pikirkan mana satu yang lagi hensem sebab both hensem(hek eleh buat muka pulak korang…suka hati aku la mahu puji diri sendiri)hehe…Tapi aku dengar ramai yang tak dapat…Korang mengharap ke sms raya dari aku???…Adoyai…Haha…Bajet artis…Macam saitan sungguh…Aku hantar dekat semua kawan2 aku yang ada dalam phone list aku…Tapi macam biasa la sms macam dah jadi haram dihantar di malam raya every year…mana yang delivered tu tahniah la anda telah berjaya mendapat sms raya dari si kacak manis Anak Pak Denan…hehe..Mana yang tak dapat tu cuba lagi next year…Ada tu aku dengar kalau tak dapat mesej raya dari aku…Tak nak maafkan aku katanya...Ceit…Sarra Nadira la orangnya  yang berkata sedemikian rupa…haha…Nasib baik tak boleh tag nama kau kat blog…Hehe…Tahun ni aku rasa agak kecewa la sebab tak banyak sms raya yang aku dapat compare last year punya kan…hehe…Nampak sangat kome semua mengharap aku sms dulu baru nak sms aku balik…Ceittttt…Tak nak ar kawan korang macam ni…hehe…Aku dari dulu memang tak pernah mengharap orang balas balik sms raya yang aku hantar…Aku memang hantar je kat semua orang yang aku kenal…Tapi kalau kawan yang rapat pun tak hantar dekat aku…Erm…Tu gua memang touching…Ada la beberapa orang kanL.Tapi aku salute dengan sorang kawan aku ni…dia call aku time pagi raya(hek eleh lu nak bangga la tu kalau lu baca entri ni…sebab tu gua tak nak mention nama lu..Haha)…Macam tahu2 je kau yang paling banyak buat dosa dengan aku…Kah3…Gurau je la bro…Aku yang banyak buat dosa sebenarnya dengan kau…Hehe…

4.          Lagu Raya
Aku rasa tak ada lagu raya baru yang sedap2 macam lagu2 raya lama…Tambah2 kalau budak Akademi FunTartsia yang nyanyi…By the way aku cukup suka dengar lagu raya dari Rahimah Rahim-Selamat Hari Raya…Gila sedap wooo….Korang entah kenal ke tak siapa tu Rahimah Rahim…Aku pun baru je kenal ni lepas google hari tu…hehe…Lagi satu lagu Keindahan di Aidilfitri-Artis FMC.Lagu ni la hari tu aku dengan kawan aku si lalat dok menyalak dekat office.hehe.Lagu ni ramai yang nyanyi macam arwah achik spin,ct nordiana,elyana,syura and etc…Kenapa aku tak mention lagu2 macam dendang perantau ke balik kampong ke lagu anuar zain masa kecik tu ke…Bukan apa…aku rasa cliché sangat ar lagu2 tu…Baik aku perkenalkan lagu2 yang jarang korang dengar..Ye dakkkk…Nampak sikit aku macam trend setter…Haha

5.         Kuih Raya
Dua kuih je yang aku betul2 suka…Tart Nanas dengan Almond London…Yang lain aku makan macam nak tak nak je kan…Gua memang cerewet…Huhu…Tapi dulu aku suka kuih batang buruk…Walaupun nama kuih ni kedengaran agak macam lucah2 sikit kan…Aku pun segan kadang2 nak sebut nama kuih ni…Haha…Aku dah tak suka kuih ni sebab kawan kakak aku yang bangang…Dia dah hisap2 kuih tu lepas tu dia letak balik dalam balang kuih tu…Aku pun dengan naifnya sambil buat muka polos  tak perasan aku terambil kuih yang kawan kakak aku hisap tu…taubat lepas tu aku dah tak nak makan kuih tu…Sekarang aku tengok kuih tu pun dah tak ada selera derrr…

Bersambung ke bahagian kedua…(tak ada idea sebenarnya…hehe)
Butopakang tak ada idea...Entri panjang berjela...Tah siapa mahu baca tah ni...

Monday, August 15, 2011

Count On Me...

Aku tuju lirik lagu ni kepada semua kawan-kawan yang kenal aku...Huhu


Count On Me 

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you

Sunday, August 7, 2011

Yang mana satu pilihan anda Kerjaya vs Wanita (Sesuai untuk dibaca sama ada untuk kaum lelaki mahupun wanita dan tidak lupa yang Unknown)

Assalamualaikum...

Sememangnya pilihan yang sukar untuk dibuat...
Seperti hidup dan mati...
Idea ini tercetus selepas aku membace Maskulin Edisi May yang Cover Page dia Bront Palare yang dibeli oleh Si Pendek...
Berdasarkan pendapat kaum Adam, mereka cenderung memilih kerjaya berbanding wanita...
Ini adalah fakta...Sory kepada wanita2 di luar sana...
Aku tidak menafikan fakta tersebut kerana aku merasakan seorang lelaki seharusnya memikirkan kerjayanya terlebih dahulu berbanding wanita...
Anda jangan terkejut kalau seorang lelaki itu masih belum berumah tangga walaupun usia semakin lanjut...(aku tak termasuk dalam golongan ini...sebab aku belajar lagi...hehe)
Mengapa keadaan ini berlaku???
Pada pendapat aku, lelaki yang cenderung memilih kerjaya dahulu berbanding wanita kerana mereka merasakan jika kerjaya mereka masih tidak stabil, hubungan yang dibina juga mungkin akan menjadi tidak stabil...
Mereka takut tidak dapat memenuhi tuntutan wanita tersebut bukan dari segi materialistik sahaja bahkan dari segi masa yang perlu diluangkan...
Wanita perlu tahu bahawa kaum Adam ini sememangnya susah untuk memberikan seratus peratus komitmen mereka terhadap wanita...
Masa mereka sangat terhad kerana kaum Adam apabila mempunyai kerjaya yang baik mereka lebih memberi komitmen terhadap tuntutan kerja mereka berbanding teman wanita mereka...
Sekali lagi sory kepada wanita2 sekalian...
Kalau korang tanya soalan ini dekat aku...
Memang jawapannya aku pilih kerjaya dulu barulah teman wanita...
Aku tak sanggup lagi menyakiti hati2 wanita di luar sana...hehe
Cukup la seorang saja yang pernah kena dengan aku dulu...
Sorry my ex gurl...
I know U still waiting for me...I think so...Kah3...
Kalau ada jodoh tak ke mana kan...
So,kukuhkan kerjaya dulu...Jangan dok gatai nak khawin awai sangat...
Tak pernah tengok ke dekat TV dulu sepasang suami isteri dengan baby kecil tinggal dekat bawah jambatan je...Kesian wooo..
Aku tak sanggup nak buat macam tu dekat anak dara orang...
Tak sanggup tak sanggup...
Tapi tu la yang aku pelik kenapa yang muda2 ni sibuk sangat nak khawin even harta apa pun takde...
Tak kan ko dah buntingkan anak dara tu kot...Maybe...Many cases yang selalu aku dengar bile khawin muda2 ni...
By the way, fikir2 kan la sebelum anda menyesal di kemudian hari...
Den pun xdapek nak tolong dah nanti...Hehe...
Ini hanya opinion aku je...

p/s:entry ni dah lame jadi draft...baru sekarang aku ada masa nak habiskan apa yg aku nak tulis...hehe

Friday, August 5, 2011

Selamat Berpuasa

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...
Selamat mengerjakan amal ibadat...
Mana yang kurang tu tambah2 kan la di bulan puasa ni ye...
Pesanan ini juga ditujukan kepada aku...
Sama-sama la kita beringat ye..:)

Tuesday, June 7, 2011

Maturity Process???

By the way this entry quite be serious...hehe(Why are you laughing???)
Yup...I think some people stare me like a childish...
Yes I am...hehe
Nope...I am not childish actually...
I am 24 now...
This age maybe ideal age for marriage...haha
I think it's quite early...
I think I want to fulfill my dream and my career before I think about marriage...
Ok! enough about marriage...
Actually this entry about my blog...
Now...for the next post...I try to post something that can make the readers gain something...:)
Wait ya...Huhu

p/s: Jangan cakap aku poyo pulak tulis dalam BI...hehe...Entri hari ni saje je tulis dalam Bahasa Inggeris...Nak biasakan dengan this language...sebab aku rasa English aku agak teruk...hehe...So aku cuba Practice Practice and Practice macam Madam Siti Akmar cakap...Hehe...Rindu kat dia...haha



Wednesday, May 18, 2011

MengAnjing!!!


Aku tak boleh tido lagi...so aku try update blog ni...
Tp bukan cerita pasal anjing aku nak cerita pagi-pagi buta ni...
Aku baru perasan geng2 membahan @ menganjing kawan2 semakin lama semakin best bile hangout dengan dorang...
Sumtimes aku terase bile kena...:(
But sumtimes aku ignore je...
Bagi aku menganjing orang ni memang best...:)
Tapi bile aku yang kena....Sentapmakproduction ok...:(
Tapi aku pandai cover balik xnak nampak aku LOSER sangat kan...
Attack la balik dorang 2..
Kalau korang terima je dinganjingkan, memang kena lagi ar korang...
Bagi aku dats da way macam mane ko nk survive dengan orang2 sebegini....
But honestly...aku suke berkawan dengan orang2 cenggini...
Stress pun boleh hilang kot kalau lepak dengan dorang2 ni...
But one advice from prof sentapmaknak...kalau korang seorang yang tacing n hancing...I dont think so U can lepak2 dengan orang macam ni...
Trust me....ada yang nangis panggil mak nanti kena nganjing kalau korang try...Ok aku tipu je yang nangis tu...
Kite dah besar pulak nak nanges2 ni kan...Hehe
Tapi boleh buat gadoh woooo menganjing2 orang ni bile time dia xsesuai n orang yang xsesuai...Huhu
By da way aku masih belum boleh di kategorikan sebagai orang yang suke menganjing orang...
Aku takde ciri sebegitu sangat...Hehe(Bajet suci n murni la sikit kan)...
Dats why aku just suke hangout dengan orang2 macam ini...bukan macam itu...Huhu...




Tuesday, May 10, 2011

EXAM AKU DAH FINISH...KORANG BILE LAGI???HUHU

Ok aku punye exam dah abes...
Aku xnak pikir pun aku dapat berape...
Sebab sem ni aku down giler sangat2...
So korang x yah nak gatal2 tanye result aku nanti bile dah keluar...Huhu
Never say never...
Dah aku maw tido...
Tunggu pakcik clearance datang jap lagi pukul 6:40....huhu
Gudluck pada kawan2 semua ye...Huhu....
Mari same2 carik keje part time...4 bulan doe cuti...

Friday, April 1, 2011

Hepy Bday My fren...

Stakat nak update pasal bday gua de mase untuk luangkan...
Gua tak kisah kawan2 punye pasal...Hua3
Tapi kalau nak suruh gua bercerita...
Gua memang takde masa yawww sekarang ni...
Lepas exam nanti gua update banyak2 ye...
Neway Epy Besday cik Yana ye.....

Heppy sokmo selalu la ye...

 
Nah ambik kek yang aku buat tadi...

Aku letak kek keju ni dengan harapan besday aku jap lagi dapat kek macam ni...Hua3
P/S: Alan shinosuke hanya makan cheese cake sahaje...Haha




Friday, March 4, 2011

Aku syak mamat yang sembahyang sebelah aku tadi berkurap-kurapan...

Assalamualaikum W.B.T

Tetiba bagi salam pula kan...
Entri sebelum ni haram tak pernah bagi pun...Huhu
Mungkin aura kat masjid tadi masih ada lagi kot...Hehe


Ni namanye kurap ye kawan2...
Aku rase memang syak wasangkarable(lebih kurang maksud macam unsangkarable) mamat tu berkurap...
Aku nak kusyuk sembahyang tadi pun tak boleh ok...
Asyik-asyik(bukan lagu Amelina der...) garu...
Memang mengganggu konsentrasi aku nak sembahyang tadi...
Yang tak boleh bla tu....
Dia sanggup settlekan menggaru kurap dia dulu baru rukuk...
Pe punya perangai la mamat ni....
Lagi satu yang aku tak boleh terima...sempat lagi garu kat tempat sensitif kaum2 adam ye...Huhu
Takkan kat situ pun berkurap jugak der...Ish Ish Ish...

Settle pasal mamat tu...
Aku teringat pulak cikgu Sejarah aku dulu time form 1
Penyakit yang sama dengan mamat tadi...
KURAP............
Budak-budak sekolah kitorang panggil cikgu 2 Alias Kurap ye...
Sebut lagi sekali...Alias Kurap ye...
Mati la aku kalau dia ada hantar spy...
Ampun cikgu...beribu-ribu ampun...

Sesiapa yang ada kurap tu sorry ye....
Aku tak ada kurap...Panau je...Haha...
Entri ini tidak ada kena mengena dengan yang berkurap mahupun yang berpanau...
Peace:)
I want nobody nobody but YOU...Ok aku taw ni bukan wondergurl....
Aku rembat je gambar amoi mane entah...
Amoi Kolej Jati kot...Haha
Tapi sorry I already book dis gurls...haha


Friday, February 18, 2011

Bogat @ Rozita Che Wan...hehe

Bogat nak cantas akak???Pening terus kepale akak...
Entry ni patutnya semalam aku post...
Tapi maxis macam cilakak sikit service dia...
Aku pulak sekarang memang suka call maxis kalau brodband ada problem...
Naseb baik dorang x ingat nama aku...Confirm dorang xnak layan kalau dah kenal aku kan....
Aku baru je lepas solat Jumaat...Alhamdulillah...Tapi khutbah tido jugak...Pe cite...
Aku copy paste je balik benda yang aku nak tulis semalam..
Sebab kalau nak taip balik...memang letih ar
Tangan ni taip cam siput BABI pulak...
Sempat la aku copy ke word sebelum disconnected semalam...

-----------------------------------------------------------------
Tengahari tadi aku, pendek, tikah ngan sharey pergi KLIA...
Sebabnye....Mahu ucap selamat jalan kepada bakal klon Rozita che Wan...hehe
Sape lagi kalo bukan Bogat kan...
Agak la sedih juga...ye la...aku sem lepas kot baru rapat dengan dia...
Dah kena berpisah...
Bogat ckp tadi nak buat adegan macam cite Ada Apa Dengan Cinta tadi...
Sebenarnye aku tak tahu adegan ape...
Sekali je kot aku tengok citer 2...ce cite Bogat...adegan apa 2...Huhu

Heroin dia cantek bangat...tapi macam comot pun ada...Hehe

Ok...sambung balik pasal Bogat...
Sebenarnye kami2 ni hantar Bogat ke KLIA...
Sebab dia dapat pergi untuk student xchange dekat Indonesia dong...
Jangan balik nanti ko cakap Indon sudah...
Aku lempang2 ko nanti...Haha
Tiba2 rasa macam rugi pulak xpergi interview student exchange 2...
Mana la tahu ada rezeki juga macam Bogat...Huhu
Apa2 pun...Bogat...aku harap ko study elok2 dekat sane ye...
Lagi satu....ingat pesanan Pakcik Radzali tadi...
Solat jangan tinggal ye kawan...
Aku pun selalu juga skip bile penat sangat...
Entah buat apa yang penat sangat pun aku tak tahu...Huhu



Cantik Bogat tadi kat KLIA...
Nak bodek sebenarnye...Haha
Beli la apa2 pun kat Indon tu ye...Haha

Moga2 sukses di sana ye Cik Bogat...


Kecik2 dulu mesti muka Bogat comel macam ni...Tapi ni baby boy...Haha
Semangat gile muka budak ni...

Last pesanan dari aku...
Kalau jumpa awek di bawah ni...
Kirim salam sayang aku dekat dia...Haha

I'm waiting for U darling(Alan Shinosuke)...
Saja nak perasan sikit...korang dah buat muka kan bila baca ni...
Macam la aku tak taw...haha








Sunday, February 13, 2011

Hepy Bday 4 DENEY(ADNAN)

Camne la boleh lupe nak prank ko deney...xpela...ko tunggu je...masenye akan tiba jugak...huhu
Anyway Hepy Bday My Father....(AZLAN BIN ADNAN)...Hehe...Yang ke 21....
Jeles shial umor ko baru 21...Ceit...

HB bro...Moga2 ko jadi lelaki yg lebih matang lepas ni ye...huhu
Never leave men behind...Haha




Friday, February 4, 2011

Aku Hantu Laksa Kak Juah......

Hantu a.k.a Aku...
Laksa Kak Juah.....
Bukak2 je terus gambar pocong...
Pe cite ni...
Rilex2...
Bace dulu sampai habis ye kawan2 yang ku sayang...
Aku memang hantu laksa Kak Juah...
Kalau laksa Kak Limah aku xhantu mane la kan...
Mamat Khalid je yang suke...Huhu
Korang taw x sape Kak Juah 2...
Ce teka...sape dia 2...Huhu
Xtaw ar tu kan...
Kak Juah 2 a.k.a Makcik Zabariah...a.k.a Mak Alan Shinosuke...
Korang jgn tanye aku... mane mak aku dapat name Juah 2...
Aku pun xtaw cane boleh keluar name 2...
Kawan2 mesyuarat tingkap dia yang panggil name 2...
Kak Juah....Jom gosip...(Bukan aku yang panggil...Mak cik Yah yang panggil ye...)
Xpela Kak Juah oi...Pape pun name mu...Laksa mu tetap di hatiku....
Sebab laksa ar aku sanggup balik ke kampung yg aku xberapa suke nak balik kan...
Tapi yang 2 juz reason aku yang ke 3...
Ni reason yang 2nd...
Aku nak ambik cekelat ni...
Sebab last week parents aku g Langkawi...
Xajak pon...Sentap aku...Huhu...
Ni je yang tinggal...
Yg lain sebok bagi kat cucu2 dia...
Actually aku punye coklat kat pic bawah ni je...
Ni je aku punye...
So...korang xyah la nak mengendeng2 kat aku...
Ni pun xcukup tok aku sorang...
Yang dalam balang 2 pun aku rembat kakak aku punye...
Sory la Cik Ani ye...
Ko dah cukup gemok tok makan cekelat byk2...Haha
Sebab yang pertama....huhu...drum rollllll sikit.....
suspen x....haha...
Ka ching....

Ni duit zaman bile Pak Denan oi...
Kalo xnk bagi....cakap...
Sah2 la xlaku duit ni nak pegi beli baju kat Uptown...
(Hakikatnye...aku dapat gak...xbanyak pun...janji dapat...Haha)
Thx Pak Denan...tp bukan dia yang bagi kat aku...Kak Juah yang tlg bagi kan...

P/S: Balik la kampung selalu ye kawan2...Jenguk2 la parents korang 2...sementara dorang masih ade lagi ni....


Wednesday, February 2, 2011

Kawan Rapat Tak Perlu Ramai2....Betul ke???

Aku pun xtaw nak cakap ape pasal ni...sebab kawan rapat aku pun bukan ramai mana pun...(anti soSIAL)
Sape yang close ngan aku tu taw la sape kawan2 rapat aku...
Tapi yang menjadi persoalan sekarang...perlu ke tak ramai kawan rapat ni...Tlg jwb...
Bukan ape...kawan aku Bogat penah cakap kat aku...kalau ramai sangat kawan yang kita rapat....nanti nak buat pape pun semua kena bagi taw...kalau xbg taw nanti or xajak ke...nanti mule la...sentapmakproduction....(tringat jake plak...Hoho)
Aku setuju ngan cakap Bogat 2...sebab...
Nanti la aku sambung balik ye...Hehe...




Yang no 3 pekejadahnye...bile pulak aku bermakeup...natural kacak kot...orang cakap muke aku iras2 Fahrin Ahmad...Betol ke...Trimas...Haha

Ini aku....
Yang ni Fahrin Ahmad...cewek ar dia ni...xmacho langsung...Haha...Sory Bogat aku taw ko minat dia...Hehe
Same kan muke dia cam aku....Kan kan kan...



A single rose can be my garden... a single friend, my world.
 Leo Buscaglia 





1st Time

Sekarang dah jadi trend kena ada blog pulak after facebook n twitter...
Aku cuba berkongsi pape yg ak rs nk kongsi dengan korang semua untuk 1st time ak mgunakan blog n menulis blog...
sebab tu tajuk dia 1st time...Huhu
Aku suke bace blog orang sebelum ni...n sampai sekarang pun ak bace gak...
Tetiba hari ni sampai seru aku nk ade blog sendiri...n then aku pun wat la...
Ni lah hasilnye...even aku xtaw cane nak tukar2 sgt layout la background la...pejadahnye byk sgt bnd2 kat dlm blog ni...