Saturday, September 10, 2011

MENUJU PUNCAK???


Assalamualaikum W.B.T
Korang ingat apa aku nak masuk AF ke.Tu murahan punya reality tv la der.Aku nak menuju ke Puncak Alam, tempat belajar aku yang baru setelah hampir 2 tahun aku bergelumang dengan orang2 Shah Alam.Tapi aku pun orang Shah Alam juga apa.Aku tahu kat mana Jalan Cili Merah dengan Jalan Cili Hijau.Korang tahu???Ye dak Mohd Syahir???Syhhhh senyap2 sudey.Aku ok je bila kena pindah dekat Puncak Alam tu.Tapi aku agak frust sikit la sebab aku duduk 1 semester je dekat situ.Lepas tu aku praktikal.Kalau 2 semester aku ok la.Dapat la juga rasa jadi sebahagian orang Puncak Alam.Satu semester tak cukup untuk aku.Tapi tak kan la aku nak extend semata2 nak jadi orang Puncak Alam kan.Ye dakkk…
Ada sedikit info tentang preparation aku dah buat before aku pindah ke Puncak Alam.

1.            Rumah Sewa
Aku duduk rumah sewa untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup aku selama 20++++.hehe.Aku duduk dekat apartment je.Aku dapat apartment Dewi.Sumpah macam gampeng gila bilik dia.Sempit doe.Nasib baik aku dapat bilik master room.Tapi kecil juga bilik tu.Tak ada beza pun.Paling aku keisan dekat penghuni bilik paling kecil la.Tak ada apa pun boleh letak kecuali katil dengan almari.Memang sempit gila.Macam tak berbaloi bayar sampai 6 ratus.Rumah sewa dekat Shah Alam lagi besar.Harga sewa sama saja.Aku duduk 6 orang.Aku roommate dengan kawan yang paling “baik” sekali dengan aku.Dia pelakon dan juga merangkap pemain bola sepak woo.Nama dia Fahrin Cristiano Ahmad.Korang ada rooomate macam tu???Jangan marah Lat.Selamat Hari Raya.Hehe.Tapi sms raya pun ko tak sent kat aku.Bwekkkk..
2.            Kampus
Aku tak sempat nak explore lagi Kampus Puncak Alam tu.Yang aku tahu Fakulti Business tak siap lagi kan.Sekarang kami kongsi dengan Fakulti Office Management.Fuyoo…Budak Secretary.Mesti cantik2.Harap2 ada la jumpa muka macam Rozita Che Wan ke Lisa Surihani ke Maya Karin keJ.Tapi yang boleh aku cakap kampus sana memang lagi besar dan smart la daripada kampus Shah Alam kan.

3.            Stock makanan
Dekat sana memang tak banyak sangat kedai2 boleh dibuat port lepaking.So untuk 1st month ni aku rasa cukup kot bekalan biskut raya dengan kerepek yang aku ambil dari rumah Kak Juah ni.Tu pun kalau housemate aku ni tak melantak sangat la kan.Hehe.Housemate aku semua kurus2.Syukur.Jimat makanan.Gua sorang je gumuk.Hehe.

4.            Transport
Dekat sana aku tak pasti pengangkutan apa yang ada.Untuk aku memang tak ada masalah la sebab aku memang bawa transport aku sendiri.Gua bawa motor EX5 je der.Tapi bagi yang tak ada pengangkutan sendiri aku rasa patah kaki juga la kalau duduk situ.Haiyo.Walaupun aku ada motor,aku tak kan sesekali berani mengeluarkan diri aku pada waktu malam dekat sana.Takut wooo.Gelap dan sunyi.Kalau ada kereta ok.Sebab kawan2 ada boleh ko sumbat dalam kereta.Kalau motor berdua je.Kalau sorang tu bukan manusia, tak ke naya aku.Aku pegang sampai sekarang prinsip kawan aku time praktikal dulu.Kalau nak keluar malam bila ko duduk dekat area2 macam Puncak Alam tu better ko keluar sorang daripada berdua.Tak nak ambil risiko woo.Aku takut bawa hantu balik rumah je kalau berdua.Kalau lebih daripada dua orang ok.Huhu.Memang aku rasa aku duduk diam jela dekat rumah kalau duduk kat Puncak Alam tu.Tapi boleh ke aku duduk diam.Persoalan yang aku sendiri pun tak boleh jawab.Aku jenis tak boleh duduk lama2 kalau dekat rumah kecuali kat kampung(sebab kawan tak ada).Aku jadi resah,gelisah dan macam2 la.Aku memang tak boleh la hidup macam tu.Dulu aku duduk hostel pun tiap2 malam fly panjat pagar kolej Meranti.Aku rindu gila saat2 itu.Hehe.Kolej Meranti is the best.Pindah kolej Jati macam haram.Aku tak ada life langsung duduk kolej tu.Roomate sendiri pun aku tak tahu nama.Aku pun pelik dengan budak2 jati ni.Ni makan nasi lemak Jati banyak sangat la tu yang perangai macam tahik.Kolej Jati ni tak ada pagar yang boleh fly.Tapi aku usahakan juga cari port yang boleh aku panjat.Jumpa juga akhirnya.Tapi aku tak selalu la fly masa duduk kolej Jati.Tak tahu la kenapa.Aku rela duduk bilik tengok TV tak pun main internet.Maybe port nak fly tu tinggi sangat dan dangerous kot.Tu yang aku malas nak keluar.Hehe.Tiba2 aku teringat masa sem 2 dengan sem 3.Kalau aku fly selalu lepak dengan Cik Dieyyy,Cik Tikah,Syahir,Pendek,Kema(sebelum dia merekrut sek2 Lara dia) dengan Deney.Tu la orang2 yang selalu aku lepak.Sumpah rindu siot.Jom buat reunion.Haha.Tu la both sem yang paling aku rasa banyak memori.(Titis eyemo jap).Hehe.

5.            Jiran rumah sewa
Aku tak ada jiran lagi.Sebelah kanan ke depan ke memang tak ada.Aku cuak juga sebenarnya.Aku harap ada la jiran yang masuk jap lagi.Hehe.Harap2 family la.Boleh dapat makanan free :)

Akan bersambung selepas aku dah tinggal Puncak Alam betul2.

Friday, September 9, 2011

RAYA 2011 PART 2


6. Juadah di Pagi Raya
Tiap2 tahun mak aku memang masak rendang…Tapi bukan rendang yang biasa korang tengok kat TV tu…Kak Juah(nickname mak gua.xpayah nak gatal2 search dekat Fb.Kak Juah xreti Fb2 ni) terror ok…Ingat Mak Jemah je yang hebat…Haha…Kak Juah memang suka alter2 makanan ikut suka dia…tapi bab biskut raya Kak Juah fail sikit…bentuk lain2 tapi rasa lebih kurang je…Komen ikhlas daripada anakandamu yang comel ini…Haha…Kuah kacang Kak Juah beli je kat Wak Saman…5 ringgit je…siap ada delivery lagi by bini Wak Saman di malam raya hari tu…huhu…Bukan Kak Juah xreti buat kuah kacang…Tapi malas nak masak dua juadah katanya…plus tak ada anaknya yang rajin nak tolong dia kat dapur…Aku mengaku memang  malas…Nak pergi kedai pun aku malas…tunggu Kak Juah buat muka seposen baru aku  pergi…Hehe…Mungkin sebab tu Kak Juah tak berapa sayang dekat aku kot…Huhu…L

7. Duit Raya
Dulu masa kecil seronok la kumpul duit raya…Sekarang dah besar siapa mahu bagi…Tapi ada juga yang family dia ke saudara dia ke bagi lagi kat orang2 yang masih belajar atau pun tak kawin lagi…Tapi benda tu tak ada dalam tradisi family aku mahu pun saudara2 aku…Aku bukan dilahirkan dalam environment orang yang senang…Sekarang ni la ok sikit…SyukurJ

8. Menu Open House
Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto 
Aku tahu ni la menu paling ramai orang buat…Sebab apa…Senang nak buatnya..ye dak…Tapi aku tak suka sangat…Aku sangat2 jemu tengok soto kalau open house…Pergi rumah tu soto…pergi rumah ni soto…Haish tak ada menu lain ke…Ko ingat ko siapa ha…Mahu ikut   selera ko saja ha saiton…Tahun ni kawan2 yang nak buat open house sila bagi tahu menu dulu ye…Kalau soto aku tak datang…Haha…

9. Rancangan Raya
Tiap2 tahun malam raya aku memang layan Sampaikan dekat TV3 tu…Tapi dah beberapa tahun dah aku tak tengok sangat…Mana taknya…tiap2 malam raya aku selalu pergi lepak2 kat Teluk Intan tu ha…saja bosan2 daripada duduk rumah.Tapi tahun ni aku tengok dari awal sampai habis sebab kawan aku sungguh tahik perangai nya tak jadi keluar…Tu la kau siapa suruh tak ada kawan lain…Haha…Aku tak banyak kawan kat kampung…Serius…Aku bukan memilih…Tapi aku lebih senang keep in touch dengan member2 poli aku dengan member2 dekat UITM sekarang ni…Maybe sebab aku bukan sekolah asrama…Stupid boy…So…kawan2 kau memang tak ramai la kan…Teori aku tu…Ikut korang la nak terima ke tak…hehe..Mostly aku tengok kawan2 aku yang keep in touch dengan kawan2 sekolah dorang semuanya dari sekolah asrama…tak kisah la dia SBP ke tak SBP ke…janji dia duduk asrama…Sila setuju dengan teori aku…Hehe…Aku rasa dah melalut dah ni dari tajuk kat atas ni…Huhu…Ok aku shortkan…Telemovie raya yang sempat dan paling best tahun ni pemiliknya adalah…Telemovie Kain Pelekat Acat…hehe…Dekat TV9 kot cerita ni aku tengok time petang2 dah maghrib…Hari Jumaat…Fuyooo kuat gila memori…Pelakon dia Mat Kedah aka Fimie Don…dengan Jambu yang berlakon cerita Juvana juga…Gila style Jambu ni berlakon…Cerita panjang2 pun tak guna…Aku pun penat nak type..Korang pergi la tengok kat Tonton…Check it out yawww

Ok tamat sudah cerita pasal Raya 2011J
               
P/S:Aku nak masukkkan gambar raya tapi macam lagi panjang je entri ni nanti…Aku kalau nak letak gambar  tak boleh kecil2 der…aku kena letak gambar besar2…Nanti korang tak cam yang mana satu Alan Shinosuke dengan yang mana satu Aaron Aziz…Tettt....Pegi kutuk aku kat twitter...J

Thursday, September 8, 2011

RAYA 2011 PART 1


Assalamualaikum W.B.T…
Dah nak masuk raya ke berapa entah aku pun tak berapa ingat…hehe…
Ada la beberapa benda yang aku nak share dengan korang semua pasal raya 2011 ni…
Check it out yawww…
1.         Iklan Raya 2011
Bagi aku tak ada iklan yang betul2 best untuk tahun ni…Ada ke iklan raya tahun ni…macam tak ada je kan…hehe…Paling tak boleh bla iklan raya TV3 tu…Cuba korang tengok muka anak lelaki makcik tu…Dia boleh buat muka macam kera dekat iklan tu…Aku cukup tak berkenan betul part tu…Sudah la hodoh…Berkawan pula dengan binatang macam Sepah cakap…Bukan aku yang cakap ye…So dosa tak dapat dekat aku…Huhu…Pelakon perempuan pula sungguh berjerawat mukanya…Hoi Lan…Muka ko pun banyak bekas jerawat…Banyak pula komen kau…

2.         Warna Tema Baju Raya
Aku tak perasan sangat la tahun ni warna apa yang banyak orang pakai kan…Takkan aku nak survey tiap2 rumah kot…Gila apa…Tapi aku perasan juga la warna biru macam ramai yang pakai…Sebabnya mak bapa aku termasuk adik aku yang hodoh tu pakai warna biru…hehe…Dekat tv pun aku tengok ramai yang pakai…Sedih doe warna baju aku tak ramai yang pakai…Tapi Najib pakai wooo masa sembahyang raya…Korang ado…Tak ado kan…Hehe…Warna apa baju aku nanti korang nilaikan la sendiri warna apa ye (tu dia ce korang tengok tu warna apa dekat lencana sekolah aku tu)…Aku pun confius warna baju aku tu warna apa…hehe…Baju melayu tu aku beli kat TAR je…Nasib baik la ada Tikah anak Pak Haizald dengan Victor anak Velentine sudi teman aku pergi sana….Trimas yawww…J.Next year aku nak tempah la…Taubat la beli siap…Aku baru pakai 1st raya kot…Dah koyak seluar dia kat celah bontot…mak aku cakap kalau koyak kat situ bontot kau tajam la tu…Nasib baik tak koyak time sembahyang raya…Malu wooo…Tak keluar rumah terus aku kalau macam tu…Tapi last year aku beli kat Jakel ok je…Harga pun sama je tak silap aku…Erm…By the way next year aku dengar family aku nak pakai warna Turquoise…Erm…

3.         Ucapan Raya or Kad Raya
Aku tak sempat nak buat ucapan raya dekat Fb tahun ni sebab aku dah tak pakai broadband dah…Tempat keje aku ada Unifi…Nak buat apa pakai broadband lagi…Ceit…Angkuh sungguh kau Mohamad Azlan…Haha…Tapi aku lagi prefer ar wish raya guna sms or kad raya…tapi dah bertahun2 aku tak pernah bagi kad raya kat orang kot…Hehe…Patut la tahun ni aku tak  dapat kad raya…Karma….Huhu…Tak apa la...next year aku bagi kat mengkome2 semua ye…Tahun ni macam biasa aku hantar sms raya je kat semua kawan2 yang mengenali Mohamad Azlan bin Adnan ke Alan Shinosuke ke…Mana2 la yang korang kenal…Orang yang sama je tu…Tak payah nak confius sangat pening2 kepala pikirkan mana satu yang lagi hensem sebab both hensem(hek eleh buat muka pulak korang…suka hati aku la mahu puji diri sendiri)hehe…Tapi aku dengar ramai yang tak dapat…Korang mengharap ke sms raya dari aku???…Adoyai…Haha…Bajet artis…Macam saitan sungguh…Aku hantar dekat semua kawan2 aku yang ada dalam phone list aku…Tapi macam biasa la sms macam dah jadi haram dihantar di malam raya every year…mana yang delivered tu tahniah la anda telah berjaya mendapat sms raya dari si kacak manis Anak Pak Denan…hehe..Mana yang tak dapat tu cuba lagi next year…Ada tu aku dengar kalau tak dapat mesej raya dari aku…Tak nak maafkan aku katanya...Ceit…Sarra Nadira la orangnya  yang berkata sedemikian rupa…haha…Nasib baik tak boleh tag nama kau kat blog…Hehe…Tahun ni aku rasa agak kecewa la sebab tak banyak sms raya yang aku dapat compare last year punya kan…hehe…Nampak sangat kome semua mengharap aku sms dulu baru nak sms aku balik…Ceittttt…Tak nak ar kawan korang macam ni…hehe…Aku dari dulu memang tak pernah mengharap orang balas balik sms raya yang aku hantar…Aku memang hantar je kat semua orang yang aku kenal…Tapi kalau kawan yang rapat pun tak hantar dekat aku…Erm…Tu gua memang touching…Ada la beberapa orang kanL.Tapi aku salute dengan sorang kawan aku ni…dia call aku time pagi raya(hek eleh lu nak bangga la tu kalau lu baca entri ni…sebab tu gua tak nak mention nama lu..Haha)…Macam tahu2 je kau yang paling banyak buat dosa dengan aku…Kah3…Gurau je la bro…Aku yang banyak buat dosa sebenarnya dengan kau…Hehe…

4.          Lagu Raya
Aku rasa tak ada lagu raya baru yang sedap2 macam lagu2 raya lama…Tambah2 kalau budak Akademi FunTartsia yang nyanyi…By the way aku cukup suka dengar lagu raya dari Rahimah Rahim-Selamat Hari Raya…Gila sedap wooo….Korang entah kenal ke tak siapa tu Rahimah Rahim…Aku pun baru je kenal ni lepas google hari tu…hehe…Lagi satu lagu Keindahan di Aidilfitri-Artis FMC.Lagu ni la hari tu aku dengan kawan aku si lalat dok menyalak dekat office.hehe.Lagu ni ramai yang nyanyi macam arwah achik spin,ct nordiana,elyana,syura and etc…Kenapa aku tak mention lagu2 macam dendang perantau ke balik kampong ke lagu anuar zain masa kecik tu ke…Bukan apa…aku rasa cliché sangat ar lagu2 tu…Baik aku perkenalkan lagu2 yang jarang korang dengar..Ye dakkkk…Nampak sikit aku macam trend setter…Haha

5.         Kuih Raya
Dua kuih je yang aku betul2 suka…Tart Nanas dengan Almond London…Yang lain aku makan macam nak tak nak je kan…Gua memang cerewet…Huhu…Tapi dulu aku suka kuih batang buruk…Walaupun nama kuih ni kedengaran agak macam lucah2 sikit kan…Aku pun segan kadang2 nak sebut nama kuih ni…Haha…Aku dah tak suka kuih ni sebab kawan kakak aku yang bangang…Dia dah hisap2 kuih tu lepas tu dia letak balik dalam balang kuih tu…Aku pun dengan naifnya sambil buat muka polos  tak perasan aku terambil kuih yang kawan kakak aku hisap tu…taubat lepas tu aku dah tak nak makan kuih tu…Sekarang aku tengok kuih tu pun dah tak ada selera derrr…

Bersambung ke bahagian kedua…(tak ada idea sebenarnya…hehe)
Butopakang tak ada idea...Entri panjang berjela...Tah siapa mahu baca tah ni...