Thursday, September 8, 2011

RAYA 2011 PART 1


Assalamualaikum W.B.T…
Dah nak masuk raya ke berapa entah aku pun tak berapa ingat…hehe…
Ada la beberapa benda yang aku nak share dengan korang semua pasal raya 2011 ni…
Check it out yawww…
1.         Iklan Raya 2011
Bagi aku tak ada iklan yang betul2 best untuk tahun ni…Ada ke iklan raya tahun ni…macam tak ada je kan…hehe…Paling tak boleh bla iklan raya TV3 tu…Cuba korang tengok muka anak lelaki makcik tu…Dia boleh buat muka macam kera dekat iklan tu…Aku cukup tak berkenan betul part tu…Sudah la hodoh…Berkawan pula dengan binatang macam Sepah cakap…Bukan aku yang cakap ye…So dosa tak dapat dekat aku…Huhu…Pelakon perempuan pula sungguh berjerawat mukanya…Hoi Lan…Muka ko pun banyak bekas jerawat…Banyak pula komen kau…

2.         Warna Tema Baju Raya
Aku tak perasan sangat la tahun ni warna apa yang banyak orang pakai kan…Takkan aku nak survey tiap2 rumah kot…Gila apa…Tapi aku perasan juga la warna biru macam ramai yang pakai…Sebabnya mak bapa aku termasuk adik aku yang hodoh tu pakai warna biru…hehe…Dekat tv pun aku tengok ramai yang pakai…Sedih doe warna baju aku tak ramai yang pakai…Tapi Najib pakai wooo masa sembahyang raya…Korang ado…Tak ado kan…Hehe…Warna apa baju aku nanti korang nilaikan la sendiri warna apa ye (tu dia ce korang tengok tu warna apa dekat lencana sekolah aku tu)…Aku pun confius warna baju aku tu warna apa…hehe…Baju melayu tu aku beli kat TAR je…Nasib baik la ada Tikah anak Pak Haizald dengan Victor anak Velentine sudi teman aku pergi sana….Trimas yawww…J.Next year aku nak tempah la…Taubat la beli siap…Aku baru pakai 1st raya kot…Dah koyak seluar dia kat celah bontot…mak aku cakap kalau koyak kat situ bontot kau tajam la tu…Nasib baik tak koyak time sembahyang raya…Malu wooo…Tak keluar rumah terus aku kalau macam tu…Tapi last year aku beli kat Jakel ok je…Harga pun sama je tak silap aku…Erm…By the way next year aku dengar family aku nak pakai warna Turquoise…Erm…

3.         Ucapan Raya or Kad Raya
Aku tak sempat nak buat ucapan raya dekat Fb tahun ni sebab aku dah tak pakai broadband dah…Tempat keje aku ada Unifi…Nak buat apa pakai broadband lagi…Ceit…Angkuh sungguh kau Mohamad Azlan…Haha…Tapi aku lagi prefer ar wish raya guna sms or kad raya…tapi dah bertahun2 aku tak pernah bagi kad raya kat orang kot…Hehe…Patut la tahun ni aku tak  dapat kad raya…Karma….Huhu…Tak apa la...next year aku bagi kat mengkome2 semua ye…Tahun ni macam biasa aku hantar sms raya je kat semua kawan2 yang mengenali Mohamad Azlan bin Adnan ke Alan Shinosuke ke…Mana2 la yang korang kenal…Orang yang sama je tu…Tak payah nak confius sangat pening2 kepala pikirkan mana satu yang lagi hensem sebab both hensem(hek eleh buat muka pulak korang…suka hati aku la mahu puji diri sendiri)hehe…Tapi aku dengar ramai yang tak dapat…Korang mengharap ke sms raya dari aku???…Adoyai…Haha…Bajet artis…Macam saitan sungguh…Aku hantar dekat semua kawan2 aku yang ada dalam phone list aku…Tapi macam biasa la sms macam dah jadi haram dihantar di malam raya every year…mana yang delivered tu tahniah la anda telah berjaya mendapat sms raya dari si kacak manis Anak Pak Denan…hehe..Mana yang tak dapat tu cuba lagi next year…Ada tu aku dengar kalau tak dapat mesej raya dari aku…Tak nak maafkan aku katanya...Ceit…Sarra Nadira la orangnya  yang berkata sedemikian rupa…haha…Nasib baik tak boleh tag nama kau kat blog…Hehe…Tahun ni aku rasa agak kecewa la sebab tak banyak sms raya yang aku dapat compare last year punya kan…hehe…Nampak sangat kome semua mengharap aku sms dulu baru nak sms aku balik…Ceittttt…Tak nak ar kawan korang macam ni…hehe…Aku dari dulu memang tak pernah mengharap orang balas balik sms raya yang aku hantar…Aku memang hantar je kat semua orang yang aku kenal…Tapi kalau kawan yang rapat pun tak hantar dekat aku…Erm…Tu gua memang touching…Ada la beberapa orang kanL.Tapi aku salute dengan sorang kawan aku ni…dia call aku time pagi raya(hek eleh lu nak bangga la tu kalau lu baca entri ni…sebab tu gua tak nak mention nama lu..Haha)…Macam tahu2 je kau yang paling banyak buat dosa dengan aku…Kah3…Gurau je la bro…Aku yang banyak buat dosa sebenarnya dengan kau…Hehe…

4.          Lagu Raya
Aku rasa tak ada lagu raya baru yang sedap2 macam lagu2 raya lama…Tambah2 kalau budak Akademi FunTartsia yang nyanyi…By the way aku cukup suka dengar lagu raya dari Rahimah Rahim-Selamat Hari Raya…Gila sedap wooo….Korang entah kenal ke tak siapa tu Rahimah Rahim…Aku pun baru je kenal ni lepas google hari tu…hehe…Lagi satu lagu Keindahan di Aidilfitri-Artis FMC.Lagu ni la hari tu aku dengan kawan aku si lalat dok menyalak dekat office.hehe.Lagu ni ramai yang nyanyi macam arwah achik spin,ct nordiana,elyana,syura and etc…Kenapa aku tak mention lagu2 macam dendang perantau ke balik kampong ke lagu anuar zain masa kecik tu ke…Bukan apa…aku rasa cliché sangat ar lagu2 tu…Baik aku perkenalkan lagu2 yang jarang korang dengar..Ye dakkkk…Nampak sikit aku macam trend setter…Haha

5.         Kuih Raya
Dua kuih je yang aku betul2 suka…Tart Nanas dengan Almond London…Yang lain aku makan macam nak tak nak je kan…Gua memang cerewet…Huhu…Tapi dulu aku suka kuih batang buruk…Walaupun nama kuih ni kedengaran agak macam lucah2 sikit kan…Aku pun segan kadang2 nak sebut nama kuih ni…Haha…Aku dah tak suka kuih ni sebab kawan kakak aku yang bangang…Dia dah hisap2 kuih tu lepas tu dia letak balik dalam balang kuih tu…Aku pun dengan naifnya sambil buat muka polos  tak perasan aku terambil kuih yang kawan kakak aku hisap tu…taubat lepas tu aku dah tak nak makan kuih tu…Sekarang aku tengok kuih tu pun dah tak ada selera derrr…

Bersambung ke bahagian kedua…(tak ada idea sebenarnya…hehe)
Butopakang tak ada idea...Entri panjang berjela...Tah siapa mahu baca tah ni...

No comments:

Post a Comment