Friday, September 9, 2011

RAYA 2011 PART 2


6. Juadah di Pagi Raya
Tiap2 tahun mak aku memang masak rendang…Tapi bukan rendang yang biasa korang tengok kat TV tu…Kak Juah(nickname mak gua.xpayah nak gatal2 search dekat Fb.Kak Juah xreti Fb2 ni) terror ok…Ingat Mak Jemah je yang hebat…Haha…Kak Juah memang suka alter2 makanan ikut suka dia…tapi bab biskut raya Kak Juah fail sikit…bentuk lain2 tapi rasa lebih kurang je…Komen ikhlas daripada anakandamu yang comel ini…Haha…Kuah kacang Kak Juah beli je kat Wak Saman…5 ringgit je…siap ada delivery lagi by bini Wak Saman di malam raya hari tu…huhu…Bukan Kak Juah xreti buat kuah kacang…Tapi malas nak masak dua juadah katanya…plus tak ada anaknya yang rajin nak tolong dia kat dapur…Aku mengaku memang  malas…Nak pergi kedai pun aku malas…tunggu Kak Juah buat muka seposen baru aku  pergi…Hehe…Mungkin sebab tu Kak Juah tak berapa sayang dekat aku kot…Huhu…L

7. Duit Raya
Dulu masa kecil seronok la kumpul duit raya…Sekarang dah besar siapa mahu bagi…Tapi ada juga yang family dia ke saudara dia ke bagi lagi kat orang2 yang masih belajar atau pun tak kawin lagi…Tapi benda tu tak ada dalam tradisi family aku mahu pun saudara2 aku…Aku bukan dilahirkan dalam environment orang yang senang…Sekarang ni la ok sikit…SyukurJ

8. Menu Open House
Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto Soto 
Aku tahu ni la menu paling ramai orang buat…Sebab apa…Senang nak buatnya..ye dak…Tapi aku tak suka sangat…Aku sangat2 jemu tengok soto kalau open house…Pergi rumah tu soto…pergi rumah ni soto…Haish tak ada menu lain ke…Ko ingat ko siapa ha…Mahu ikut   selera ko saja ha saiton…Tahun ni kawan2 yang nak buat open house sila bagi tahu menu dulu ye…Kalau soto aku tak datang…Haha…

9. Rancangan Raya
Tiap2 tahun malam raya aku memang layan Sampaikan dekat TV3 tu…Tapi dah beberapa tahun dah aku tak tengok sangat…Mana taknya…tiap2 malam raya aku selalu pergi lepak2 kat Teluk Intan tu ha…saja bosan2 daripada duduk rumah.Tapi tahun ni aku tengok dari awal sampai habis sebab kawan aku sungguh tahik perangai nya tak jadi keluar…Tu la kau siapa suruh tak ada kawan lain…Haha…Aku tak banyak kawan kat kampung…Serius…Aku bukan memilih…Tapi aku lebih senang keep in touch dengan member2 poli aku dengan member2 dekat UITM sekarang ni…Maybe sebab aku bukan sekolah asrama…Stupid boy…So…kawan2 kau memang tak ramai la kan…Teori aku tu…Ikut korang la nak terima ke tak…hehe..Mostly aku tengok kawan2 aku yang keep in touch dengan kawan2 sekolah dorang semuanya dari sekolah asrama…tak kisah la dia SBP ke tak SBP ke…janji dia duduk asrama…Sila setuju dengan teori aku…Hehe…Aku rasa dah melalut dah ni dari tajuk kat atas ni…Huhu…Ok aku shortkan…Telemovie raya yang sempat dan paling best tahun ni pemiliknya adalah…Telemovie Kain Pelekat Acat…hehe…Dekat TV9 kot cerita ni aku tengok time petang2 dah maghrib…Hari Jumaat…Fuyooo kuat gila memori…Pelakon dia Mat Kedah aka Fimie Don…dengan Jambu yang berlakon cerita Juvana juga…Gila style Jambu ni berlakon…Cerita panjang2 pun tak guna…Aku pun penat nak type..Korang pergi la tengok kat Tonton…Check it out yawww

Ok tamat sudah cerita pasal Raya 2011J
               
P/S:Aku nak masukkkan gambar raya tapi macam lagi panjang je entri ni nanti…Aku kalau nak letak gambar  tak boleh kecil2 der…aku kena letak gambar besar2…Nanti korang tak cam yang mana satu Alan Shinosuke dengan yang mana satu Aaron Aziz…Tettt....Pegi kutuk aku kat twitter...J

No comments:

Post a Comment